Khamis, 15 November 2012

MAAL HIJRAH BERTEMU LAGI KITA..

Assalamualaikum.....

huk huk huk...... berhabuk sangat dah blog aku ni... hari ni terdetik untuk aku  buka blog aku... sekali tengok post lama pasal maal hijrah,... ini bermakna dh 1 tahun aku tak update blog aku... kecian blog aku ni  di biarkan...  sebelum aku meneruskan kemerepekan aku dalam blog aku ni.. aku nk ucapkan

SALAM MAAL HIJRAH 1434 BUAT SEMUA RAKAN SEISLAM DAN SEMUA UMAT ISLAM. SEMOGA TAHUN  YANG BARU INI KITA SAMA-SAMA DAPAT MENGHIJRAHKAN DIRI KITA KE ARAH KEBAIKKAN DAN SEMOGA KEHIDUPAN KITA LEBIH BAIK DAN DILIMPAHI DENGAN RAHMAT DARINYA .. MOHON KEMAAFAN ANDAI ADA SALAH DAN SILAP..... KITA TUTUP BUKU LAMA KITA BUKA LAMBARAN BARU KEHIDUPAN KITA...

Dalam masa setahun macam-macam dh berlaku dalam hidup aku... sebenarnya banyak benda jugak aku nak cerita cuma aku  tak tahu nak cerita dari mana... ok macam ni lah...

1st aku nak  bagitahu akhirnya aku dh tamatkan pengajian diploma aku.. dan akhirnya aku berkonvokesyen... perasaan aku tersangatlah happy... hasil titik peluh aku belajar sepangjang 3 tahun akhirnya aku bergelar graduan. ha... meh aku tunjuk sikit gambar kenangan aku masa bergraduasi di UTM Skudai.


Bersama ayah dan ibu yang tercinta..

tho perangkap roomate dan bestfriend aku

ha ni plak barisan gadis dalam kelas aku..

gambar bersama lecturer tersayang Miss Ida Hamida

ni lah budak2 kelas aku..

terselah kegembiraan disetiap wajah.

sanggup berpanas untuk menangkap gambar kenangan.





2nd. Alhamdulillah akhirnya  aku sudah pun bekerja sebagai interior designer.. haha mesti korang pelikan sebab aku amik course architecture.. tp aku keje dalam firma interior design.. ini kerana minat aku yang mendalam pada hiasan dalaman(interior design).. aku nekad untuk lebih mempelajari ilmu pekerjaan dalam bidang interior..  jom aku tunjukkan sikit antara design aku...  aku budak baru belajar.. harap sesapa yang pro boleh beri tunjuk ajar.














aku pun dh pening nak cerita ape lagi.. haha  tak pe lah.. nanti korang bosan pulak dengar aku merepek.. haha(perasan mcm lah ada orang baca) huhu... next time aku cerita tentang kawan2 aku pulak...


sebelum aku terlupa aku ada tips untuk rumah kita kelihatan sentiasa bersih dan kemas melalui rutin kita.aku sendiri tengah mengamalkan  tip ni untuk memperbaiki diri aku sendiri... harap berguna untuk semua..

1. kita mesti amalkan kemas katil selepas setiap kali bangun tidur dan kemas bilik setiap kali mengunakan barang-barang dalam bilik bagi memudahkan pergerakan kita seharian.
2. kemaskan peralatan dan perabot atau sebnagai nya sebaik sahaja sudah di gunakan.. jangan biarkan orang lain tegur atau kemaskan untuk kita..  sama-sama kita meringankan tulang kita..
3. selepas makan atau masak, terus kemasakan dapur dan cuci pinggan selepas makan supaya kita tidak sakit mata melihat kawasan yang bersepah dan  dapat mengurangkan beban harian kita..